Assalamualaikum.
Amber termenung panjang bila terbaca tajuk petikan dibawah, " hargai orang disekiling kita". banyak soalah yang muncul dalam kepala amber masa tu, antara soalannya, siapa orang disekeliling kita? penghargaan yang macam mana? Bagaimana nak menghargai? perlu menghargai semua orang ke? walaupun kita dikhianati?..teringat juga pada seorang sahabat amber yang telah pergi meninggalkan dunia di usia muda.. dia amat menghargai orang disekeliling dia..tapi orang disekeliling dia tidak menghargai dia... tak tahu lerr...sama sama laa kita fikirkan...sambil merenung petikan dibawah.
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranyaanda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula, mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
Insyallah..Allah akan memakbulkan impian anda...no 15 adalah plg utama...
ReplyDelete