Friday, February 19, 2010

Sekadar Berkongsi Pasal Cerita Kawan

Assalamualaikum....

Sahabat sekalian, disini amber sekadar nak bercerita tentang kisah kawan amber yang berlaku pada kami....petang semalam amber terima satu call dari salah seorang sahabat amber ni...dia cakap nak jumpa amber dan ajak minum2 jer kat kedai mamak...amber pun dengan rela hati menerima pelawaan dia sebab amber agak jarang berjumpa dengan dia kebelakangan ini, mungkin amber sibuk ataupun tidak ambil peduli rakan rakan sekeliling amber ( itu kelemahan amber).

Amber buat temujanji dengan dia di kedai mamak berhampiran dengan rumah amber, sebaik sahaja amber sampai di kawasan parking kedai mamak tersebut amber nampak dia ada dalam keretanya selang beberapa bijik kereta daripada tapak parking keter amber. Sebaik sahaja amber keluar kereta amber dia terus keluar keretanya dan terus datang kearah kereta amber, amber agak tergamam seketika apabila dia hulurkan tangan bersalam dan terus menangis... amber terkedu seketika dan cuba tenangkan dia selepas itu...amber tanya kenapa ni?? sedih sebab lama tak jumpa aku ker?? amber bergurau sepertimana sebelum ini bila amber berjumpa dengan dia yang penuh dengan gurauan dan gelak tawa... bila dia dengar amber bersuara camtu dia terus angkat muka dan tengok amber...amber senyum macam biasa untuk kawal keadaan sekeliling dan cuba menenangkan dia...masa dia tengok amber tu..matanya merah dan bengkak kerana banyak sangat menangis kot..... lepas tuuuu.....dia cakap kat amber.' tak per lah..terima kasih sebab datang'...'aku balik dulu'...dia terus pergi ke kereta dia sambil menangis....adoiiii amber dah bengong masa tu...rase bersalah pun ada..sebab dia keadaan serius dan amber boleh bergurau bodoh macam tu....amber tak tahu nak kata apa dan tak tahu nak buat apa....dia terus start kereta dan pergi mana pun amber tak tahu...amber cuba call dan sms dia..langsung tak diangkat dan tak dijawab...amber rase dia dah terase hati dengan tindakan amber...tapi amber tak tahu keadaan sebenar... pastu amber buat laa macam macam andaian....mungkin dia nak bercerita sesuatu yang amat sedih yang berlaku pada dia...sekadar nak berkongsi cerita dan kurangkan bebanan tu... tapi pada amber memang agak pelik dia kali nii..sebab kebiasaan kami jumpa akan bergurau dan kata mengata macam2... tapi kali nii dia nangis plak....tapi itu lahh...amber amat kesal dengan tindakan amber dan amber menyesal sangat..sebab nak jadi pendengar kepada kawan pun tak mampu..betapa teruknya diri amber...adoii...maafkan aku wahai kawan....aku bukan kawan yang baik.....kepada kawan tu...kalau la amber masih ada peluang untuk dijadikan tempat bercerita dan mendengar cerita juga boleh beri sedikit pandangan.... maafkan amber dan amber sudi untuk itu dan tak akan bergurau bodoh lagi... sorryyyy sesangat....

1 comment:

  1. Mesti ada sesuatu rahsia yg dh lama dia pendam pada fauzi, rahsia yg amat dalam. Dan melihat wajah fauzi membuatkan dia tidak sampai hati untuk meluahkannya. Mungkin sesuatu yg mampu melukai hati fauzi, maka dia berlalu pergi untuk mententeramkan dirinya sendiri. Hubungilah sahabat mu itu selalu, agar dia dpt meluahkan isi hatinya yang terbuku.

    ReplyDelete