Thursday, March 18, 2010

Sekadar Berkongsi Pasal Puisi Ini

Salam kawan kawan,

Amber terjumpa petikan ini yang agak boleh membari sesuatu kepada kita bila kita baca.



Sesekali
Marilah kita menggumam muhasabah
dalam fikiran basah
menerobos maknawi
mengukur manusiawi
dipetak usia yang bersegi


Sesekali
Tika dihantar ujian dan masyaqqah begini
apa sebenarnya yang bertingkah pada lisani
peritnya dijepit nestapa
memamah resah dan gulana

Atau
marilah kita tempur bala menimpa
dengan utuh durga
kerana gelodak menerpa
adalah peringatan dari-Nya
buat kita kita
yang selalu buat buat lupa
menimbun dosa
melekit sebati
dalam gaulan daki dunia

No comments:

Post a Comment