Thursday, September 17, 2009

Sekadar Berkongsi Pasal Rahsia Melalui Tulisan

Pertama : Tekanan.

Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresifii.

Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan.

Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan

Condong ke kanan -Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasihsayang, berani, pemurahi.

Condong ke kiri - Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak sukacampur orang.

Tegak - Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalantengah

Campur-campur - Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan

Jarang-jarang - Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

Rapat-rapat - Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

(Ada ekor) Besar, panjang dan sempurna - Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

Kecil, pendek dan tak sempurna - Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

Tinggi - Tahap aspirasi tinggi

Rendah - Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

Tengah-tengah - Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

Petikan daripada : fadzilahkamsah

Wednesday, September 16, 2009

Sekadar Berkongsi pasal Kata Mutiara Berkaitan dengan IBU

  • Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu
  • Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu
  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
  • Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu

Sekadar Berkongsi pasal Petua Mencuci Hati

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

Sumber daripada : fadzilahkamsah

Thursday, September 10, 2009

Sedakar Berkongsi pasal baik buruk dihati tanpa syarat

Salam kekawan...semalam masa amber menunggu waktu berbuka pose, isteri amber duk tengok satu citer tu..kalau tak silap amber tajuknya 'paku didinding'. Amber pun terlayan laa skali tapi tengok tengok macam tu jer..sebab masa tu amber juga sedang memikirkan benda lain..so tak fokus sangat tengok citer tuu...namun dalam pada itu, amber terdengar satu perkataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pelakon tu berbunyi " bukan bahan bandingan, baik buruk dihati tanpa syarat'....terus kepala benak amber ni pun bertanya..apakebenda yang dimaksudkan tu....amber terpikir pikir gak sampai laa berbuka pose...perkataan tuu teringat ingat jerrkat minda amber nii.. itu yang menarik amber untuk tulis dan berkongsi disini seandainya tuan tuan yang budiman tahu apakah maksudnya?

Tapi pada amber laa yang daif ni.....rasanya lerr...lebih merujuk kepada perhubungan adik beradik..perhubungan anak dan ibu, perhubugan anak dengan ayah dan seangkatan dengannya...maksudnya perhubungan tu walaubagaimanapun terjadi, berlaku pergaduhan ke apa ker, baik atau buruk ianya tetap satu perhubungan yang tidak boleh diputuskan. Sama ada adik beradik, ibu dan ayah kita sejauhmana baiknya atau sejauhmana jahat atau buruknya ia tetap orang yang ada pertalian hubungan darah dengan kita..Bak kata pepatah melayu....air dicincang tidak akan putus.... tah betul atau tidak tak tau ler...amber ni main cakap jer...

Tuesday, September 1, 2009

Sekadar berkongsi pasal poco - poco

Salam...sekadar ingin berkongsi kepada anda, Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini.

"Assalammualaikum. Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib. Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan." Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini. Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini. WALLAHUALAM....